ULASAN Highland Tower (2013)
*lamanya tak update, kali ni review untuk filem genre FOUND FOOTAGE dari Malaysia.
-Permulaan yang ‘tiring’, bosan.
-Tak suka lakonan Mikael Andre yang overacting, annoying betul dengan ‘CHEER’, RELAXnya. paling terbaik sikawan dia, Nizam ke Ikram tah. (lagi bagus pelakon2 dalam Penunggu Istana, hok tu memang sesuai dan real untuk found footage, Nampak natural). Watak HOST pun tak natural kot, ia dibuat-buat, sometimes overacting.
-Pertengahan filem, ramai2 dengaq bunyi tapi reaksi lambat dan tak Nampak macam takut. Nampak dibuat2 dan biasa.
-Apa la found footage mau bawak banyak alat2, cukup la dengan built-in mic dll. Tolong praktikal la boh, leceh kot mau bawak perkakas semua ni, mohon banyak sikit la research pasal found footage. Kalau si azhari bagi kamera tambahan ka, logic la jugak, adoiiii.. tlong igt prinsip filem indie atau DIY la, KISS (Keep It Simple, Stupid)
-Cameraman kedua, yang ambik bateri tuh, awal2 habaq kata bateri lampu habis, tapi waktu cari elok ja lampu LED dok suluh si penakut tu, what the….
-Penggunaan sound FX yang lain dari source sound suara. (ia prob yg sama berlaku pada ending Penunggu Istana)
-Apa yang slack lagi satu, asal ada kelibat, cameraman mesti tutup camera, what the…. Udah la dslr, besar kot mau tutp, atleast kalau mau distract, goyangkan kamera ke bawah k.
-Untuk babak rasuk, try tengok video rasuk benar dan cara nak buangnya, macam di Wujud, Pemburu Hantu, dll. (ia takde la menyerang orang sangat, kadang ia hanya keras, dan cara nak buang tu pun kena picit kaki-ni common la kalau rasuk atau histeria, ia tarik ke kepala, sambil baca2, lepas abis, bagi mnum air sket utk restore sikit energy orang yang dirasuk, huhuhu). Lagi satu respon orang terhadap orang kena rasuk, dalam filem ni sangat pelik kot, diorang bising2, dll, mcm xde pe.
-suara overdub untuk babak rasuk sangat tak real untuk genre found footage, ia merendahkan nilai realisme.
-uztaz tak reti belakon, sangat ber’dialog’, “susah saya nak nyatakan”. Penggunaan nyatakan ni jarang betul didengar dalam perbualan seharian. Mohon kaji perbualan seharian ye.
-CCTV dah cantik, sangat dia pi overlayered dengan imej orang yang sama, itu Nampak sangat ‘filem’. Lebih baik jika ia buat ‘benda’ bergerak pelahan, lesu, sambil ikut dia dari belakang (pernah jadi pada pglmn sdiri, dan ia juga ada klip di Youtube)
-keseluruhannya, Highland Tower **/*****
Also recommended, PENUNGGU ISTANA (kalau mau found footage Malaysia yang bagus la, dari segi lakonan natural, ada mocking kejadian entiti sebab diorang gagal rakam SERU (ni untuk found footage Malaysia dengan kisah yang berani dan unik, unsur pemujaan Syaitan untuk seru anak nya hidup semula, dll, ****/*****)
-juga,
kepada pengulas dalam 'paper' yang kata kamera bergoyang sangat, saya
mohon dia perbanyakkan kajian serta penontonan filem genre Found
Footage. masih OK lagi lah pengambilannya dalam filem ni, dan nampak la
juga amateurishnya. kalau mau yang lebih stabil, genre Mokumentari patut
camera handling stabil kerana ia dokumentari.
-btw, kalau
sesiapa ingin, dulu pernah ada filem Malaysia direct to video, Zooming Into
Twilight Zone, yang dihoskan oleh Kenji Sawahi. juga ada beberapa
segmen, segmen ke rumah usang, ke rumah mona fandey, dan ke highland
tower. segmen Highland tower yang tu, walau ia pendek, tapi lebih seram
dari Highland Tower nih... :)
-at last, dont believe the FAKE behind the scene. Behind The Scene tu memang
dibuat untuk kononnya nampak kejadian dan watak yang berlaku adalah
benar. (teknik ni pernah digunapakai oleh filem sebelum ni seperti
Haunted Changi, Blair Witch, cuma diorang guna internet ja untuk buatkan
seperti ia kejadian yang benar2 berlaku)

No comments:
Post a Comment